Wednesday, 4 September 2013

Last Day LI

Assalamualaikum.


hari ni tanggal 5 September 2013 berakhir sudah latihan industri (LI) aku di ITSC Terengganu. Rase macam kejap je 3 bulan berlalu. Pejam celik pejam celik dah 3 bulan, sayang pulak nak tinggal tempat ni. kat sini aku LI sorang je dan aku ade dua orang bos, Encik Afendi dan Encik Halim. baik giler bos-bos aku ni. ajak kluar makan saje. jimat duit poket aku nak isi minyak motor.

Cakap banyak pun x gune. ni ade gambar sikit untuk korang tengok ITSC ni.







hahaa....nampak macam pekan koboi kan?giler lame tempat ni.mula-mula bertapak seram semacam je.dah la aku kerja sorang-sorang. tapi lelaki macho kne tunjuk berani la. kat tempat ni kami ni macam unit support dan service la lebih kurang.
aku ni student SE (software engineering) tapi LI handle bab-bab hardware plak. bimbang la jugak ape la nak present kat lecturer aku. tapi alhamdulillah la..sume presentasi dan laporan sume beres.
itu saje dari aku. Assalamualaikum.

Assalamualaikum


Mitak maaf lame x update blog ni.Sibuk dengan praktikal dan kerja-kerja lain. Hari ni aku nak kongsi pendapat sikit sempena bulan kemerdekaan ni walaupun dah lepas iaitu pada 31 Ogos. Mende yang kau nak kongsi adalah perihal bendera MALAYSIA

Sekarang tengah heboh dalam blog dan juga cakap-cakap orang yang penahanan sasterawan negara dan juga aktivis Adam Adli dan Isham kerana pengibaran bendera Sang Saka.

Adam Adli dan Isham. Pak Samad tiada dalam gambar
Bendera Sang Saka

Pendapat aku la sebagai rakyat MALAYSIA ni. aku rase x perlu untuk kita kibar bendera Sang Saka ni sebab rakyat MALAYSIA rata-rata boleh terima bendera MALAYSIA yang sebenar @ Jalur Gemilang.

Bendera Malaysia
Jadi buat apa kita nak kibar bendera Sang Saka?untuk mengingati sejarah?ada bagusnya.Tapi xperlulah untuk kibar mase sambut hari kemerdekaan ni.Mitak maaf kalau kurang ajar sikit tapi aku rasa ni tindakan bodoh untuk tarik perhatian. Banggalah dengan bendera kita. 

Maaf dari aku.